Sebagai seorang yang langsung tidak bersedia, dan tidak menjangka akan menunaikan haji pada tahun ini, ada satu perkara yang saya kira menjadi masalah kepada saya - Saya tidak pernah walau sekali pun mengikuti kursus bersiri haji yang di anjurkan oleh mana-mana pihak. Tidak pernah langsung.berbanding Ma yang mengikuti kursus tersebut setiap tahun sejak 5 tahun kebelakangan ini. Bagi orang yang tidak berniat untuk menunaikan haji dalam jangka masa terdekat seperti saya, bukan sekadar itu, akaun Tabung Haji juga masih belum ada, untuk apa saya mahu sertai kursus-kurus haji bersiri tersebut. Pada saya kursusu yang diadakan memang perlu dihadiri oleh mereka-mereka yang mahu dan telah sedia untuk menunaikan haji, sedangkan saya pula sebaliknya. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
Keadaan ini juga merisaukan. Saya masih tidak tahu apa-apa tentang hal Haji. Jahil sangat. Mungkinlah ada beberapa hal-hal biasa tentang haji ini saya tahu, itu pun merujuk pada apa yang dipelajari ketika di zaman sekolah menengah dahulu untuk subjek agama Islam. Itupun telah banyak yang dilupa.
No comments:
Post a Comment