Sebagai seorang yang langsung tidak bersedia, dan tidak menjangka akan menunaikan haji pada tahun ini, ada satu perkara yang saya kira menjadi masalah kepada saya - Saya tidak pernah walau sekali pun mengikuti kursus bersiri haji yang di anjurkan oleh mana-mana pihak. Tidak pernah langsung.berbanding Ma yang mengikuti kursus tersebut setiap tahun sejak 5 tahun kebelakangan ini. Bagi orang yang tidak berniat untuk menunaikan haji dalam jangka masa terdekat seperti saya, bukan sekadar itu, akaun Tabung Haji juga masih belum ada, untuk apa saya mahu sertai kursus-kurus haji bersiri tersebut. Pada saya kursusu yang diadakan memang perlu dihadiri oleh mereka-mereka yang mahu dan telah sedia untuk menunaikan haji, sedangkan saya pula sebaliknya. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
Keadaan ini juga merisaukan. Saya masih tidak tahu apa-apa tentang hal Haji. Jahil sangat. Mungkinlah ada beberapa hal-hal biasa tentang haji ini saya tahu, itu pun merujuk pada apa yang dipelajari ketika di zaman sekolah menengah dahulu untuk subjek agama Islam. Itupun telah banyak yang dilupa.
Sunday, June 30, 2013
Saturday, June 29, 2013
Menerima tawaran untuk menunaikan haji dalam keadaan yang langsung saya tidak bersedia memang merunsingkan. Tidak bersedia dari segenap sudut. Mental, fizikal, malah dari segi wang ringgit sekalipun. Saya mengisi borang haji, setelah emak mendapat surat 'terpilih' sebagai jemaah haji bersama Tabung Haji pada tahun itu. Emak di berikan borang untuk diisi samada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut. Tetapi mana mungkin emak mahu menolak setelah bertahun-tahun lamanya menunggu peluang itu. Untuk itu, emak pelu mengisi satu bahagian borang untuk memberitahu Mahram yang akan pergi bersamanya kerana Ma adalah ibu tunggal dan pihak Tabung Haji memberi peluang kepada Ma untuk memilih Mahram untuk menjaga kebajikan Ma ketika di Tanah Suci.
Ketika ditanya siapa yang akan menemani Ma, saya tidak terus menawarkan diri. Membuka ruang kepada adik beradik yang lain dahulu kalau-kalau ada yang mahu menamani.Ada beberapa sebab yang membuatkan saya tidak terus menawarkan diri. Pertamanya, saya sebagai anak yang ke empat dalam adik beradik, punya tiga orang abang lagi di atas saya, jadi biarlah yang lebih tua dahulu diberikan hak tersebut. Keduanya, saya memang tidak bersedia...Langsung. Malahan keinginan saya untuk ke tanah suci pun tidaklah terlalu kuat saya rasakan. Hanya keinginan yang biasa-biasa sahaja. Malahan, buku akaun tabung haji pun saya tidak punya. Sedangkan untuk mengisi tempat sebagai Mahram kepada jemaah yang terpilih syaratnya adalah perlu mendaftar Haji terlebih dahulu. Iaitu, bukan setakat perlu ada akaun Tabung Haji, tetapi perlu ada simpanan sekurang-kurangnya RM1300.00 dia dalam akaun. Dengan kata yang lebih mudah, saya kurang berminat untuk menunaikan Haji dalam usia saya yang masih agak muda. Kalau saya mahu pergi pun, biarlah pada usia saya 50 tahun dan ke atas. Begitu!!
Namun begitu, dalam keadaan tidak berapa berminat, saya tetap membuat keputusan kalau tidak ada sesiapa yang mahu menemani Ma, tidak mengapalah... Biar saya yang mengisi tempat tersebut. Tetapi kalau ada sesiapa yang mahu, biarlah orang yang mahu itu mengambil peluang itu.
Akhirnya... Along tidak dapat pergi, kerana punya keluarga dan keperluan untuk keluarga perlu diutamakan memandangkan Along juga tidak bersedia dari segi wang ringgit. Abang Ngah juga begitu. Alang walaupun masih tidak berumahtangga juga tidak mahu menerima, masih atas alasan masalah keewangan. Adik saya juga tidak mahu atas alasan keluarga dan kewangan. Apatah lagi isterinya baru melahirkan anak. Begitu juga adik-adik yang lain, walaupun masing-masing nampak berminat, tetapi tawaran tersebut datang secara tiba-tiba di mana keadaan masing-masing langsung tidak bersedia mental dan fizikal.
Begitulah caranya Allah mahu memberikan rezeki itu kepada saya. Seperti yang saya persetujui, sekiranya tidak ada sesiapa yang mahu mengambil peluang tersebut,biarlah saya yang menemani Ma ke tanah suci menunaikan ibadah haji tahun itu.
Nama saya telah diisi sebagai mahram yang akan menemani Ma. Saya perlu membuka akaun tabung Haji dan mendaftar haji dengan kadar segera sebelum borang tanda persetujuan untuk menerima tawaran haji tersebut Ma pulangkan ke Tabung Haji Bahagian. Setelah itu satu surat rayuan juga perlu dihantar ke Tabung Haji. Semua peraturannya saya telah lakukan. Membuka akaun dengan jumlah simpanan yang genap-genap untuk saya mendaftar haji. Membuat surat rayuan untuk menjadi Mahram dan meyerahkan kepada pihak Tabung haji, kerna begitulah peraturannya. kemudian berserah kepada Allah,agar diberi peluang.
Tempoh saya menunggu tidak lama. Malahan saya tidak menunggu pun. Tidak menaruh harapan yang tinggi. Tetapi caranya memang begitu, sesiapa yang mendaftar haji atas dasar untuk menjadi Mahram kepada Jemaah haji yang telah terpilih, dia akan terpilih sama pada tahun tersebut. InsyaAllah. Saya mendaftar Haji pada bulan Januari 2013, pada bulan Mac tahun yang sama saya telah terpilih sebagai Haji. Tidak sampai 3 bulan pun. Kalau diikutkan waktu yang sebetulnya mengikut tarikh daftar haji, saya sepatutnya diterima menunaikan haji bersama tabung haji pada tahun 2057.. Allahu Rabbi!! 40 tahun lagi dari tarikh daftar haji tersebut. Lambatnya. Tapi itulah. Kalau sudah ditetapkan rezeki. Allah permudahkan. tempoh 40 tahun menjadi satu tempoh tidak sampai 3 bulan pun. Alhamdulillah. Allah juga penentu segalanya.
Saya dipanggil ke Tabung Haji Daerah Maran untuk mengambil surat tawaran dan surat menjawab samaada setuju atau tidak menerima tawaran tersebut. Oleh kerana masa yang suntuk, kerana saya telah dipilih sebagai Mahram kepada jemaah yang terpilih yang telah menghantar borang sejak hampir 3 bulan yang lalu, pihak Tabung haji sendiri tidak punya masa lagi untuk proses penghantaran melalui pos seperti kebiasaan. Untuk itu saya perlu mengambil sendiri segala surat surat dan dokumen-dokumen yang berkenaan.
Pada ketika itu, wang simpanan saya hanya ada 2000.00 sahaja di dalam akaun Tabung Haji... Timbulah satu masalah, yang mana untuk menjawab saya menerima surat tawaran tersebut, saya perlu memenuhkan jumlah keseluruhan harga untuk menunaikan haji pada tahun tersebut. Nilainya setelah ditolak dengan subsidi dari kerajaan, ialah 9980.00. Dan jumlah itu perlu disediakan dalam tempoh 5 hari sahaja bermula dari tarikh saya mengambil surat tawaran. 5 hari masa diberi kerana saya memang perlu menjawab samaada untuk menerima tawaran tersebut sesegera yang mungkin...
Hati mula runsing. Dengan simpanan yang baru mengjangkau RM 2000.00, dan tempoh diberi untuk menjawab hanya 5 hari, dan untuk menjawab saya perlu memgenapkan simpanan menajadi 9980.00. Beerti, saya perlu mencari 7980.00 lagi hanya dalam tenpoh tidak sampai satu minggu. Terasa bagai harapan tidak akan kesampaian buat seketika. Mana saya mahu cari wang sejumlah itu. Jika tempoh diberi lebih panjang, tidaklah menjadi soal sangat, tapi dalam tempoh 5 hari.
Saya maklumkan kepada Ma mengenai masalah tersebut. Ma juga tidak dapat membantu, memandangkan Ma sebagai jemaah yang telah terpilih sudah tentunya memerlukan lebihan wang di dalam akaun tabung haji sebagai persiapan untuk sebarang kemungkinan di Tanah Suci nanti.
Sehari dua, saya termangu-mangu tidak tahu apa yang perlu dibuat. Mahu dibuat pinjaman, siapa pula akan hulurkan jumlah tersebut memandangkan semua rakan-rakan saya juga pekerja biasa seperti saya yang tidak punya wang simpanan yang banyak. Apatah lagi wang perlu disediakan dalam kadar yang segera.
Saya utarakana masalah tersebut kepada seoarang sahabat saya. Kemudian dia memberi cadangan, kenapa tak keluarkan duit dari simpanan KWSP. Sebab KWSP sekarang memberi kemudahan untuk mengeluarkan simpanan untuk kegunaan memenuhkan Akaun Tabung Haji.dengan syarat, individu tersebut memang telah terpilih untuk tunaikan Haji pada tahun tersebut.
Saya sedikit lega. Benarkah?. Harapan kembali pulih. Saya pun membuat semakan melalui internet mengenai pengeluaran duit KWSP untuk menunaikan haji. Ya! jawapannya memang ada. Dengan terma dan syarat yang tertentu, pemohon boleh mengeluarkan sejumlah - Maksima 3000.00 rm dari akaun simpanan ke 2.
Saya mencuba cara tersebut. Mengeluarkan duit simpanan KWSP untuk dipindahkan ke akaun Tabung Haji. Setelah diteilti dan saya menepati syarat, maka Alhamdulillah, sejumlah 3000.00 telah dipindahkan ke akaun tabung haji, menjadikan wang simpanan asal yang berjumlah 2000.00 menjadi 5000.00. Bermaksud saya perlu mencari 4980 ringgit lagi untuk menggenapkan nilai.Sedangkan waktu semakin suntuk.
Tapi kalau memang sudah ditetapkan rezeki. Dari arah mana-mana sekalipun Allah akan tunjukkan jalan. Adik saya yang berada di Kepong menelefon saya untuk membantu. Dia juga baru keluarkan duit dari KWSP atas tujuan pembelian rumah. Jadi katanya, mahu tak kalau dia pinjamkan dahulu duit sebanyak nilai yang saya perlu. AllahuRabbi. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Serta merta tanpa berfikir panjang saya setuju. Alhamdulillah... Duit simpanan akhirnya cukup pada saat-saat kecemasan. Pada minit-minit terakhir tempoh 5 hari yang diberikan. Ah! Maha Besar Allah yang menentukan rezeki. Saya serahkan borang menerima tawaran untuk menunaikan haji pada hari terakhir tempoh di beri... Alhamdulillah.
bersambung

Subscribe to:
Comments (Atom)