Ini bukan pengalaman pertama saya pertama menaiki kapal terbang, kerana sebelum ini saya pernah menaikinya untuk menunaikan umrah. Tapi baik pengalaman pertama atau ke dua, ternyata kedua-duanya bukanlah pengalaman yang indah. Kerana apa?... Saya mabuk.
Sejak dari awal pesawat bergerak, memecut laju, menjarakkan tayarnya dari bumi dan meluncur pantas terbang tinggi dan semakin tinggi saya tidak dapat mengelak dari rasa pening dan mual. Dan sepanjang 8 jam penerbangan dari Malaysia ke Jeddah, rasa pening tidak hilang. Saya cuba tidur untuk mengatasi rasa tidak enak tersebut namun keadaan yang agak sempit dan ruang yang tidak berapa selesa membuatkan tidur saya tidak lama. Sekejap-sekejap tersedar, kemudian cuba tidur lagi namun kemudiannya tersedar lagi. Sesekali pesawat bergegar kecil (orang kata kerana terlanggar awan) membuatkan rasa pening semakin parah. Cuma nasib baik saya tidak muntah.
Tapi saya menganggap itu salah satu dari ujian yang Allah berikan untuk bertemu dengannya untuk menguji rasa sabar.
Tetapi keadaan sedemikian tidaklah berlangsung terlalu lama. Hanya memakan masa 8 jam 35 jam sahaja. Syukur kepada Allah yang memberi ilham kepada manusia untuk membina pesawat seperti itu yang boleh membawa manusia dari KLIA ke King Abdul Aziz Internasional Airport, yang pada dasarnya memakan jarak sejauh 11, 051 KM sekiranya megikut jalan darat dan akan memakan masa lebih kurang 144 jam sekiranya megikut laluan darat yang sama. Manakala akan bergerak sejauh 7068.07 KM dan masa 144 jam boleh disingkatkan menjadi 8 jam 35 minit sahaja mengikut kepecutan di laluan udara.
Ah! betapa syukurnya bila difikirkan masa 144 jam yang terpaksa diambil jika tidak ada pesawat terbang besar tersebut walaupun kena menahan rasa pening dan mual. Tidak dapat sayang bayangkan bagaimana agaknya perjalanan menaiki kenderaan darat yang memakan masa 144 jam.
Lenih tidak terbayang bila mengenangkan umat-umat Islam yang mahu ke mekkah pada satu zaman dahulu ketika tidak ada kemudahan pesawat terbang seperti sekarang. Mereka terpaksa menggunnakan kapal-kapal melalui laluan laut yang ada ketikanya memakan masa selama sebulan lebih.
aKapal terbang besar vcv 282 milik saudi arabian airline mendarat dengan selamat di lapangan terbang jeddah menjelang pukul 7 petang (waktu jeddah).. - bersamaa dengan menjelang pukul 12.00 malam waktu Malaysia. Waktu sudah hampir Maghrib ketika saya dan jemaah-jemaah Felda Travel serta penumpang-penumpang lain menampak turun melalui tangga kapal terbang yang yang tinggi. Sangat berbeza dengan KLIA perkhidmatan di sini.
Menjengahkan muka keluar dari perut pesawat. Bahang panas sangat terasa menujah tubuh dan wajah. Suasana telah samar-samar senja menjelang Maghrib. Namun kehangatan sangat terasa. Dari tangga kapal terbang resedia sebuah bas yang akan membawa kami terus ke Airport jeddah untuk urusan-urusan seterusnya. Setelah semua bersedia, bas yang membawa jemaah-jemaah kami bergerak terus ke arah Airpor Jeddah.
Memasuki semula ke kawasan Airport terasa sedikit lega bila aircond yang terpasang, deras menyamankan badan yang sebentar tadi kepanasan. Waktu Maghrib telah tiba. Azan berkumandang di situ. Kami, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali tiba di sini dan langsung tidak tahu hal selok belok di sini kena menurut sahaja kemana ketua leader bergerak. Bimbang tersesat atau terpesong arah nescaya akan menjadi masalah besar kerana pertama - kawasan ini asing. dan kedua - penggunaan bahasa yang berbeza untuk bertanya.
Kami tidak terus menunaikan Solat Maghrib di situ. Kerana Ketua Leader mengarahkan agar di buat solat Jamak Takkhir sebaik tiba di Makkah nanti.
Kami mula berbaris di bahagian imigresen. Berbaris dalam barisan yang panjang. kerana bukan hanya jemaah kami di situ. Penumpang-penumpang lain juga. Penumpang-penumpang dari pesawat yang lain juga. Dari pelbagai negaraWalaupun agak teratur, tapi di KLIA lebih sistemetik.
Setelah semua urusan di airpot itu selesai. Kami menolak troli membawa beg-beg serta bagasi masing-masing ke pintu keluar. Di luar, sekali lagi hawa panas menejah muka. Untuk saya yang tidak biasa (pertama kali) melalui suasa begini, keadaan ini sangat tidak menyenangkan. Tapi ditahan juga. Lama-kelaam saya akan terbiasa. Kami di bawa ke kawasan luar ke tempat bas yang akan memabawa kami terus ke Tanah suci Makkah. Ketika tiba, bas masih lagi belum tiba di situ. Jadi kami perlu menunggu dulu sehingga bas tiba. Kepanasan mula memedihkan mata. Terasa pedih dan berair seperti dimasuki habuk. Saya tenyeh-tenyeh mata berulang kali. saya perhatikan jemaah-jemaah lain tidak begitu. Hanya saya seorang barangkali yang menghadapi suasana itu.
Berapa lama menunggu. Bas pun tiba. Bagasi dan beg-beg besar kami dipunggah terus ke dalam perut bas
setelah semua urusan selesai di situ. Penumpang/para jemaah telah memenuhi bas. Bas mula bergerak ke arah destinasi utama, yang mana mengikut Mutawwif yang membimbing kami, akan memakan masa selama 4 Jam. Uh! satu selang masa yang agak lama - hampir separuh masa penerbangan kami dari KLIA ke Jeddah yang memakan masa 8 jam. Tapi tidak mengapa. Sambil-smabil itulah kami dapat merehatkan tubuh yang penat dan meghilangkan kepanasan kerana bas tersebut berhawa dingin sambil-sambil mendengar penerangan serta doa-doa dari ustaz Mutawwif yang membibing kami.
Oleh kerana kepenatan. ditambah dengan kepeningan kerana baru tiba dengan Kapal terbang (jetlag). Saya terlena terus sehingga saya sedar kembali ketika bas telah tiba ke Tanah Haram-Tanah Suci Makkah.
Cara pemanduan Bangsa Arab di daerah ini begitu merumitkan. Tidak kira kereta atau bas. Masing-masing mengikut rapat antara satu dengan lain seningga timbul rasa tidak senang yang membimbangkan risau berlaku kemalangan yang tidak diingini. Kenderaannya tidaklah sebanyak (sesesak) kenderaan yang bertali arus di Jalanraya Kuala Lumpur. Tapi, pemandu-pemandu ini (terutama pamandu bas yang membawa kami), sangat gemar membunykan Hon. Tidak terdapat banyak trafic ligt. tidak ada juga polis-polis mengawal lalulintas. Namun begitu, mereka lebih mudah mengalah. Bila di bunyikan Hon, serta merta yang dihadapan memberi laluan. Walaupun begitu, tetap terasa merumitkan.
Tidak berapa jauh, jam besar tinggi dan megah telah kelihatan. Tanda kami semakin hampir. Hati teruja tidak terkata. Semakin hampir, tiang-tiang menara masjidil haram pula jelas di mata. Debaran kian kencang. Di situlah nanti tujuan kami. Tiang-tiang cerucuk ceracak mengganggu suasana. Runtuhan-runtuhan bangunan lama, mencemarkan keadaan. pembangungan pesat sedang berjalan.
Kami tiba di hotel penginpan. Sebuah hotel biasa. Tapi tidak mengapa, bukan yang luar biasa yang kami cari di sini. Cukup sekadar ada tempat untuk berteduh menyimpan barang, berehat dan melelapkan mata yang kepenatan.
Barang-barang di punggah ke dalam hotel. masing-masing bersama beg masing-masing. Kunci bilik telah diberi. Saya ditempatkan bersama Ustaz Sarif, ustaz yang membawa jemaah kami, yang sdikit tidak upaya kerana baru patah bahagian tangan. dengan tangang yang bersimen berbalut dan beranduh. Pergerakannya yang selalunya aktif menjadi agak terbatas.
Bersama juga dengan Ustaz Syahrul fadhil - Ketua leader yang memimpin jemaah kami. dan juga seorang Pakcik. Termasuk saya, kami tinggal berempat sebilik.
Baiklah. Lupakan sementara pasal bilik-bilik hotel tempat penginapan.
Sesudah menunanikan solat Isyak yang dijamakkan bersama Maghrib. Sesudah menjamu selera makan malam, sesudah menghilangkan lelah akibat baru tiba, dan bersusah payah sendiri memasukkan bag-bag ke bilik masing-masing. Kami bersedia dengan misi kami ke sini.
Ustaz Mustahir dan pembantunya Ustaz Zubaidi... dua orang ustaz dari Indonesia yang berkhidmat semabgai mutawwai di situ,akan membawa dan membimbing ibadah Umrah kami. Kami bergerak beramai-ramai, memasuki ruangan sesak manusia dari segenap bangsa dan negara berpusu-pusu di jalanraya. yang seperti kami meraka juga menuju ke arah yang sama, dan ke arah bertentengan, namun masih di jalanan yang sam. Waktu telah menjengah ke dinihari. Sekitar pukul 2 pagi. Tapi langsung tidak terasa dingin suasana paginya. Bahang panasnya masih kekal sama tidak kira siang atau malam atau dinihari.
kami bergerak megkori ustaz yang memberi panduan itu dan panduan ini. Menunjukkan cara untuk mencari arah jika tersesat. Lorong-lorong. bangunan-bangunan. Tanda-tanda sebagai petunjuk menentu jalan sehingga kami faham agar tidak kesessatan anadikata bersendirian.
Dari satu lorong sarat manusia, berpusu-pusu megikut dan melawan arus, Dua batang menara Masjidil Haram jelas kelihatan. Cantik bercahaya. hati gembira tidak terkata. Nun tidak jauh di depan, kami akan tiba. Langkah demi langkah. penerangan demi penerangan. kami sampaiu di dataran luas berlantai 'Morzek putih' tanda sudah memasuki perkarangan Masjidil Haram.
Manusia masih tidak surut ke hulu hilir. Malahan semakin sesak.beraneka ragam.
Pertamanya - kami di bawa kebahagian paip air zam-zam. yang disediakan sejuk dingin sedia tadah untuk diminum secara percuma oleh para jemaah pengunjung Masjid berkenaan. Ramai yang beratur menunggu giliran. Dua gelas air Zam-zam sejuk dingin saya teguk. Menghilangkan Dahaga kerana kepanasan. Juga untuk memberi tenaga untuk ibadah yang akan berlangsung sebentar lagi.
Kami bergerak ke pintu utama- Pintu Nombor satu (gate.....) kedudukannya bertentangan dengan menara jam yang besar tingga dan mengah nenunjuk langit.
Dengan lafaz bismilllah... Masjid yang mulia itu kami langkahi masuk. beramai-ramai terus menuju ke dalam. dari situ, dari setiap langkah ke depan, dari celahan tiang-tiang dan lampu-lampu cendaliar bergantungan, dan dari celahan deruan manusia yang terus lalu lalang. Objek itu mula kelihatan. semakin dekat.. semakin hampir.. semakin jelas... semakin dada berdebar kencang.
Akhirnya.. di situ, objek kiub berselimut hitam, Besar, gah dan teramat indah... Kiblat untuk umat Islam seluruh dunia. Ya Allah Ya Tuhan ku... Aku bersyukur yang teramat... Aku benar-benar sebak. Di hadapan ku kini adalah Kaabah. Yang sangat dirindu untuk ditatap oleh setiap orang Islam. MasyaAllah. Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillah. AllahuAkbar. Tidak sedar, tidak terkawal.. Airmata menitis. Syahdu... Ya Allah ya Tuhan ku.. Terima kasih untuk peluang ini. Terima kasih untuk Rezeki ini.